dah lama kan aku tak tulis ape2 kat sini.. erm.. banyak yang jadi.. banyak je yang buleh nak cerita.. tapi ntah la.. perasaan nak berkongsi kat sini takde.. sbb takde orang baca.. hahaha.. tkde la gitu kan.. tapi ntah la.. aku sendiri tak punya sebab kenapa tidak menulis disini...
ermm.. setinggi tinggi syukur aku panjatkan hanya pada Dia.. walaupun result exam aku langsung tak memberangsangkan.. jatuh terduduk ekceli.. mungkin sebagai kifarah dosa2 aku mungkin.. perlu aku koreksi kembali.. apa yang telah aku lakukan.. bak kata ayah.. tak semestinya result itu hanya hasil usaha kita belajar dan menjalani peperiksaan.. cuba check balek.. hubungan dengan Allah.. hubungan dengan manusia... hubungan dengan alam.. =) sape yang tak kecewa kan.. tapi hati.. belajarlah menjadi tabah.. =) bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. at least aku masih kekalkan second class upper.. kalo dpt 2 lebey je? nauzubillah.. maka chaiyuk2!lah untuk semester terakhir nanti ye.. maat taufiq wan najah.. ameen.. insyaAllah..
now.. aku kat kolej kesayangan.. DPP YAB.. berkampung sepanjang semester break sbb nak siap kan proposal tesis.. erm.. sementara masa masih awal lagi nie.. aku nak ingtkan diri sendiri.. rajen2 la buat.. jangan esok nak hantar.. hari nie baru gedik nak carik bahan.. lesson learned.. no more last minute2.. bukan menyenangkan kan.. nyusahkan lagi je la.. huhuhu..
life aku.. alhamdulillah.. mungkin kita tak akan dapat apa yang kita nak.. tapi bersyukur lah dengan apa yang kita ada kan.. mungkin itu yang terbaik untuk kita.. hanya Allah yang lebih mengetahui.. erm.. syukur alhamdulillah jugak Allah pertemukan aku dengan 'dia'.. semoga ada takdir yang indah untuk kami.. ameen ya rab.. insyaAllah.. for him.. thanks for being there.. thanks for being so understanding.. love u always sweetheart.. n sorry sbb kadang2 slalu ikut emosi sgt2 kan.. sorry...
dah la.. aku dh tk rasa nak menulis.. nak wat tesis pulak.. :D
p/s: miss u all.. kak lia.. kak jiejah.. anaz.. kak nty.. huwawawa..
Saturday, December 12, 2009
edisi kemas kini
Posted by Cik_Iza at 7:40 PM 1 comments
Sunday, October 11, 2009
Perempuan Berkalung Sorban
aku dah lama dengar tajuknya.. tapi takde terasa nak menonton.. malah mengambil tahu pun tidak.. mungkin sudah basi bagi kalian.. tapi filem ini baru aku tonton smalam.. dan kisahnya.. masih segar dalam ingatan.. =) aku tidak berniat mahu menonton.. aku pinjam laptop ira.. sebab nak tengok cite hindustan.. haha.. tere zaman parr (every child is special).. tapi bila bukak.. aku terpandang.. perempuan berkalung sorban.. n aku rasa.. tengok dulu lah cite nie.. =)
permulaan filem ini.. membuatkan aku keliru dan tertanya tanya.. filem islami ke nie.. atau salah satu dakyah utk merosakkan jiwa jiwa muslimah.. aku mula berfikiran negatif mengenai filem ini.. bukankah kedatangan islam telah memuliakan kaum wanita.. bukankah islam itu adil terhadap wanita.. aku agak terkejut dan aku rasa macam.. kalau org bukan islam tengok cite nie.. sure dah salah anggap ngan islam..
tapi aku teruskan juga menonton.. aku perlu habiskan menonton untuk melihat mesej sebenar yang ingin disampaikan.. tidak adil menghukum sesuatu tanpa pengetahuan kan.. =) mungkin juga kerana watak utama bernama anissa.. aku terasa dekat dengan filem ini.. walaupun bukan nama anissa yang tercatat di ic aku.. ade jugak yang memanggil aku aniisa.. dan niisa.. :) dan seusai aku menonton Perempuan Berkalung Sorban.. aku merasakan filem ini filem yang bagus.. a very gud film.. lebih baik dari AAC.. =) aku masih belum sempat membaca novel PBS.. jadi, aku tidak boleh mengulas.. adakah ceritanya sama atau tidak..
namun.. biasalah.. kalo dah nama filem.. dan di buat oleh orang2 filem.. tentu ada buruknya juga.. nyatanya.. buruknya terlalu jelas terang dan nyata.. buruknya yang pada aku tidak sesuai untuk filem yang berunsurkan islam... dan aku tidak setuju.. mari mereiew filem ini..
1. Pergaulan bebas
Aku tak suka pergaulan bebas antara anissa dengan khudori.. boleh ye berjumpa dengan khudori di bangsal Pesantren.. yang nie boleh wat salah faham dalam kalangan masyarakat.. bagaimana anak pak kiyai leh jumpe ngan khudori seorang lelaki lulusan cairo.. kalo di tempat yang terbuka bersama mahram.. tak pe lah jugak kan.. nie dalam bangsal.. huhu..
2. islam itu indah
kedatangan islam telah mengangkat maruah wanita.. kedatangan islam juga memuliakan wanita.. islam adil terhadap wanita.. tetapi salah faham dalam masyarakat yang menyebabkan wanita di ikat kebebasannya... budaya yang telah menjadikan wanita terbelengu.. aku tak ingt.. tapi bukan ke ade hadis yang nabi suh ajar anak2 menunggang kuda.. kalo salah tolong betulkan.. mana tahu anak lelaki je.. aku tk belajar sampai cairo.. malah aku bukan ustazah.. dan aku tak wat degree dalam agama..
3. Pesantren
Indah duduk dalam Pesantren.. cuma bila ada salah faham mengenai islam.. jadilah tak indah kan.. bagi aku.. filem nie bukan nak memperlecehkan pesantren.. at the end cite kan anissa tinggal dan tolong membangunkan pesantren.. perubahan itu bertahap.. rom tidak dibina dalam masa satu hari.. itu kata kata khudori buat anissa kan. =)
4. wanita menjadi pemimpin
aku tak pernah setuju kalo wanita memimpin rumah tangga.. apatah lagi memimpin sebuah negara.. dan aku jugak bukan SIS yang mahu hak kesama rataan yang tidak terbatas dengan lelaki.. tapi bagi aku.. guru di pesantren itu tidak berhikmah dalam menganangi masalah pemilihan ketua kelas.. antara farid dan anissa.. ape ke salahnya.. anissa menjadi ketua kelas untuk budak2 perempuan dan farid menjadi ketua kelas untuk umumnya..
5. iman tak dapat diwarisi
samsudin.. suami pertama anissa.. juga anak seorang kiyai.. tapi tidak langsung melambangkan seorang muslim yang sejati.. mungkin dari fizikal.. memakai ketayap.. tapi itu bukan ukuran iman.. samsudin juga menyebabkan kalsom hamil sebelum nikah.. bagi aku.. samsudin adalah watak yang menonjolkan bahawa tak suma muslim itu adalah mukmin..
6. keganasan rumah tangga
samsudin satu watak dimana melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya.. tak nak tolong isteri tue satu hal.. tk pelah wife dia tk keje.. dan mereka takde anak lagi kan.. tapi berbelas ehsan lah dengan isteri.. betul.. Allah dan para malaikat melaknat isteri yang tak menurut perintah suami.. tapi kalo dah azan zohor berkumandang.. takkan nak bersama dulu.. ape salahnya laksanakan solat dulu kan..
Firman Allah yang mafhumnya:
boleh samsudin tue kalo tak keterlaluan.. aku nak guna perkataan rogol.. anissa kt tempat belakang umah dia.. adeh la.. ini lah orang islam yang menyebabkan islam tue tak indah.. bukan salah islam.. dan ade ke.. anissa pada hari pertama haid.. nak bersama jugak.. yes.. yg haram antara pusat dan lutut.. tapi sian la kat wife ko tue.. dia senggugut tue.. moga Allah jauhkan suami begini drp aku.. ameen."Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik." (An-Nisa': 19)
6. poligami
aku bukan insan anti poligami.. tapi aku juga bukan hawa yang menyokong poligami.. aku tak nak ulas banyak2 pasal poligami.. orang cakap kalo tak kena btg idung sendiri tatau lah kan.. tapi bukankah sunnah rasul snd.. jangan campurkan kedua dua isteri dalam satu rumah.. boleh pulak nak menggauli isteri kedua.. anak suh isteri pertama jaga.. ya ampun.. kalo bab poligami.. suma nak ikut sunnah rasulullah.. tapi bila bab akhlak rasulullah ngan isteri2 baginda.. suma buat macam tk reti.. nie lagi satu.. bukan salah islam.. tapi salah org yang menganut islam tue sendiri.. nauzubillah ya Allah..
7. kebebasan
anissa bukan mahu kebebasan yang tidak terbatas.. buktinya.. masa dia tiba di jogja.. kawan dia cakap bebas hidup.. berpacar ngan lelaki.. masuk ke kamar.. free hair.. tapi bagi anissa itu bukan erti bebas yang sebenar yang dia nak.. bukan itu.. bebas pada anissa masih lagi dalam keredhaan Allah.. sebab tue dalam nada sinis anissa kata.. "ya bebas itu cukup indah"
anissa juga marah kan bila santriwati kuar tanpa keizinan ke bandar jogja.. tapi dia memahami kenapa.. bila kita merasakan tempat itu tidak selesa utk kita.. kita akan keluar mencari tmpt yg lebih selesa.. dan disini lah anissa cube menerangkan kpd santriwati2 tersebut.. jadikan tempat itu selesa buat kita.. bahagia itu bukan pada persekitaran.. tetapi pada hati..
8. berkahwin dengan janda
dalam filem nie.. aku memang banyak tak puas hati ngan samsudin.. leh dia menabrak khudori.. pastue nak kawen ngan anissa balek.. so utang selesai.. kerna sunnah rasul berkahwin dengan janda.. hello.. ko ingt itu je sunnah rasul.. sunnah2 yang laen.. leh je ko letak buang ke tepi ek.. orang2 macam ko nie lah yang merosakkan agama.. yang merosakkan keindahan islam..
9. khudori
aku nak simpulkan suma nya kat sini.. khudori bagi aku dalam cite nie seorang yang penyabar.. cukup penyabar.. tika anissa masih trauma ngan penderaan seksual yang pernah dilaluinya.. khudori ngan sabar mendidik jiwa anissa.. suami contoh.. rajen khudori tolong anissa memasak kan.. tolong buat air utk anissa yang sedang menulis.. huhu.. bukankah ini yang diajar oleh rasulullah.. =)
dalam lembut khudori tetap ada ketegasan dan kepimpinan sebagai suami.. cuma api bukan dilawan dengan api.. =)
cukuplah sembilan.. tajuk filem ini perempuan berkalung serban.. hanyalah sebagai penarik mungkin.. bagi membuatkan kita tertanya tanya.. janganlah kita hanya menilai dari luaran dan mengabaikan mesej2 yang disampaikan.. seni dan sastera bukan memberi secara direct tetapi melalui pelbagai kiasan..
bukankah pada akhir babak.. anissa telah melepaskan serbannya.. dan bukankah itu melambangkan anissa sudah memahami hakikat kehidupan di dunia.. memahami peranan dan pentingnya wanita.. tidak perlu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki.. tetapi wanita itu sendiri mulia dan istimewa kerana diri mereka..
p/s: aku bukan arif dalam agama.. apa yang aku ulaskan adalah mengenai kefahaman aku sendiri.. mungkin ada salah dan silap.. dan harap dibetulkan.. dalam meneliti PKS dalam maya nie.. aku jumpe dua url.. yang mana.. bagi mereka yang menonton PKS boleh menilai sendiri..
http://www.faridrashidi.com/2009/06/23/unsur-feminisme-dalam-filem-perempuan-berkalung-sorban/
http://tintataghyir.wordpress.com/2009/07/06/wanita-berkalong-serban-jangan-terlalu-sinikal/
sudah tentu.. aku berpendapat seperti url yang kedua.. :)
yg baek itu dr Allah dan yang buruk adalah kelemahan aku snd walaupun ianya juga dr Allah..
Posted by Cik_Iza at 12:04 PM 0 comments
Wednesday, October 7, 2009
impian kasih
ini antara lagu yang wajib ade dalam play list aku skrg.. tak kesah la kat laptop atau kat hset kan.. =) semakin aku dengar lagu nie.. semakin wat aku tabah ekceli.. harapnya lah kan.. =)
Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.
Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih
kan.. takdir yang akan menentukan segalanya.. tapi aku takkan pernah salahkan takdir.. aku sudah berusaha.. dan aku sudah mencuba.. jika takdir itu tidak selari dengan kehendak aku.. mungkin Allah telah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku.. semoga hati tetap faham dan redha.. andai waktu itu tiba nanti.. =)
senyumlah.. biarpun hati terluka.. mana tahu.. senyuman itu mampu membuat insan laen gembira.. =)
Posted by Cik_Iza at 1:25 PM 0 comments
Metafora
Lama kan aku tak update.. huhu.. kata kat syikin.. asal yg dia tk update.. lupe aku jugak tk berupdate.. banyak cite raya.. tapi macam malas nak cite.. haha.. kali nie.. aku nak share satu lirik nasyid yang tibe2.. aku jatuh cinta.. ekceli.. aku dh dgr lama dah lagu nie.. since julai kot.. semenjak org tue bg dengar.. aku just dgr je.. tak macam lagu2 laen.. yang aku leh hayati.. :D
tp sejak 2 hari lepas.. aku dengar masa tengah iron baju.. aku baru faham makna lirik dia.. barula aku rasa macam.. i love dis song.. really luv it.. :) kata kata yang amat menyentuh hati dan jiwa aku.. meh aku nak wat ulasan skit ek..:D
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri
aku ade ramai teman.. aku ade ramai kawan.. bermacam ragam dan kerenah.. tapi aku tetap bersyukur.. sesungguhnya kehadarian kalian dalam hidup aku.. melengkapkan pengalaman yang aku ada.. tak kesah lah ape pun yang telah kalian coretkan dalam kanvas hidup aku.. aku sedar.. dan aku insaf.. aku bukan lah kawan yang sempurna.. tetapi aku tetap menyayangi kalian.. teman.. sahabat.. kawan dan rakan aku.. dan semoga.. persahabatan kita.. akan kekal ke sana.. =)
Posted by Cik_Iza at 1:09 PM 2 comments
Thursday, October 1, 2009
banyak cite yang aku nak tulis ekceli.. tapi bila bukak page abrak tadi.. wah... aku sudah lupe apa yang aku nak tulis.. :D
buat abrak..
tahniah :)
yes.. things happen.. :)
tak perlu janji2 dan ayat2 manis kan.. :)
sebenarnya aku rasa sedey.. bukan tak gembira utk ko..
tp lebih rasa kehilangan seorang sahabat yang baek..
but.. life must go on kan.. jgn lupe hutang ko..
nak blanje secret recipe.. hahahaha..
kim salam ain ek..
congrates.. both of u..
moga dipermudahkan oleh Allah.. =)
Posted by Cik_Iza at 6:14 AM 1 comments
Wednesday, September 16, 2009
Ujian Itu Tarbiyah Dari Allah

ya Allah.. peliharalah aku dalam cinta Mu.. jangan kau biar aku terlalai dalam mengingati Mu.. sesungguhnya hanya engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk diriku.. leburkan lah keluh kesah.. resah gelisah.. yang melingkari hidupku ini..
ameen..
Posted by Cik_Iza at 11:30 AM 0 comments
Sunday, September 13, 2009
J.O.M. N.I.K.A.H. :D
Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.
Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.
“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.
Akibat Kurang Bercinta
Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.
Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.
Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!
Khitbah Bukan Tunang
Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka saja!”.
Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.
Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.
Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT
Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.
Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.
Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.
Risiko
Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!
Posted by Cik_Iza at 1:28 PM 0 comments



